
Pada tanggal 5 february 1988 lahirnya seorang insan baru dan juga merupakan anak pertama oleh sepasang suami isteri.Anak kelahiran Kota Bharu Kelantan ini telah dinamakan sebagai Faizol bin Muhamad dan kini dia merupakan anak pertama dari empat orang adiknya.Faizol yang kini berusia 21 tahun juga dikenali dengan nama timangannya iaitu Joe amat disenangi oleh semua ahli keluarganya mahupun rakan-rakanya.Dia mempunyai seorang adik lelaki dan tiga orang adik perempuan yang sentiasa menghiburkan hatinya dan sentiasa memahaminya sebagai seorang abang.Meskipun dia mempunyai sifat panas baran sekali-sekala namun adik-adiknya tetap menyayanginya dan menghormatinya.Faizol lebih dikenali dengan sikapnya yang lemah-lembut dan sentiasa bertolak ansur itu telah membuatkan ibu bapanya berasa begitu beruntung atas kelahirannya.Selain itu dia juga seorang yang tidak mementingkan diri sendiri malah sentiasa mendahulukan keluarganya.
Faizol juga gemar akan aktiviti yang lasak namun dia tidak seperti kebanyakan remaja lelaki yang lain yang sangat cenderong kepada sukan aksi bola sepak sebaliknya Faizol lebih cenderong kepada sukan aksi skatebording yang sememangnya diminati sejak kecil lagi.Ketika dia masih sekolah lagi dia sering menghadiri pertandingan skatebording yang dianjurkan oleh rakan muda dan juga pernah mendapat penghargaan daripada sekolah menengahnya kerana telah menjuarai salah satu pertanding skatebording yang disertainya.Meskipun pada luarannya nampak lasak namun hatinya mudah tersentuh ada kalanya.Walaupun ketika dia sudah tamat persekolahannya dan sesuai untuk mempunyai seorang teman istimewa tetapi dia masih tidak seperti ramaja yang lain.Dia tidak menghiraukan gadis-gadis yang cuba mengenalinya dengan lebih rapat.Sepertinya dia sangat menganggap bahawa papan selajunya itulah teman istimewanya pada ketika itu.Kerana itu juga ramai gadis tidak berjaya menawan hati jejaka ini.Sehinggalah ketika dia sudah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajiannya maka disitulah bermulanya kisah percintaannya apabila dia telah bertemu dengan seorang gadis yang telah berjaya menawan hatinya iaitu Naziha binti Khairil Anuar juga dikenali sebagai Naz yang secara tidak sengajanya gadis itu telah mengenali rakannya terlebih dahulu sebelumnya dan ketika itulah rakannya telah mengenalkan gadis itu kepadanya maka bermulalah bibit-bibit cinta diantara mereka dan secara kebetulanya juga meraka mempunyai pelbagai persamaan minat.Tetapi bukan mudah untuknya menawan hati gadis tersebut sebaliknya dia berusaha keras untuk mendapatkan gadis itu.Namun begitu sekian lama dia berusaha,usahanya itu membuahkan hasil apabila gadis itu sudah mulai terpikat kepadanya.Sehingga kini juga mereka masih kekal bersama.Hubungan mereka juga mendapat restu dari kedua ibu bapa mereka maka tidak ada masalah bagi mereka untuk terus bersama.Kini Faizol sudahpun menjadi seorang yang berjaya dalam hidup yang mempunyai pekerjaan yang sangat bagus dan berpendapatan begitu lumayan.Sehingga kini meraka hidup sangat bahagia bersama.
Oleh:Penulis Pengalaman
